Bahasa Melayu (Pelajaran Jawi)
Introduction
Bahasa Melayu (Pelajaran Jawi) untuk sekolah rendah ini merupakan judul-judul dalam siri pelajaran jawi yang dapat dimanfaatkan oleh para guru dan ibu bapa untuk membimbing murid, khususnya murid di peringkat sekolah rendah bagi mempelajari jawi dari peringkat mengenal huruf-huruf jawi secara umum, menyebut huruf dengan betul dan kaedah penulisan huruf jawi.
Secara berperingkat-peringkat murid didedahkan kepada kemahiran membina suku kata dan perkataan, membezakan huruf-huruf jawi secara umum, mengenal huruf yang hampir sama rupa tetapi berbeza sebutan dan huruf yang hampir sama sebutan tetapi berbeza rupa.
Melalui siri ini juga murid akan dibimbing membezakan huruf jawi jati dengan huruf pinjaman Bahasa Arab yang diikuti dengan kemahiran penulisan yang betul tentang imbuhan awalan dan akhiran. Di samping itu, bagi melengkapkan pengajaran dan pembelajaran jawi, buku ini dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti bagi menguji kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajarkan.
Levels |
---|
Primary | Year 1,2,3,4,5,6 |
Core Components |
Textbooks & Workbooks |
Teacher's Resources |
Printed Resources Teacher’s Guides (Textbook) Resource CDs Teacher’s Guides (Textbook), i-Books |